Monday, July 8, 2013

Fetal development - 13 weeks pregnant

Assalamualaikum Silent n Lovely readers...

I'm back... ^__^ Hr nie nda jg byk mo story cuma mo share psl fetal development - 13 weeks pregnant...syukur alhamdulillah kandungan ku kini masuk 3 bulan 1 mggu...sepanjang tempoh 1st trimester aku nda pula kna morning sickness...cuma sllu rs pening, cepat penat, kuat tdo lg...kdg2 rs mual2 tp nie klu aku lapar la bru rs mual mcm mo muntah...klu masak aku teda masalah cuma bau selepas mskn tu yg aku nda boleh hidu...trus rs pening n mo muntah pn ada...skrg mmg sllu excited mo tau perkembangan baby dlm perut...artikel di bwh menerangkan psl perkembang bayi 3 bulan pregnant...



Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting. 

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000. 

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihanmual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.