Thursday, July 26, 2012

Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum lovely n silent readers....

Entry kli nie pasal ujian saringan HIV...nie perkara yang paling penting klu mo urus kawen nie...1st aku fikir nntla kunu wat..3 bulan ka sblm..tp tba2 Mr. Right (aku Mrs. Always Right..hahahaha..) fn suru wat test darah..aku ckpla nda t'lmpau awl ka..sbb mcm ada t'bc d mn2 tu keputusan saringan hanya valid 3 bulan sblm nikah...tp dia ckp nda..aku try search lg then jumpa...tp tulis sana 6 bulan...ahh... confuse la pla aku...takut nnt bla sdh smpai msnya tu keputusan nda valid sdh....tp Mr. Right ckp ok ja..so, aku akn p wat test jgla...kin dlm minggu depan...skli dgn ujian Thalassemia...Mr. Right sdh wat tggl aku jala lg....semoga semuanya baik2 ja...take note ya ujian nie hanya blh d lakukan d hospital / klinik kerajaan sahaja...borang ujian kebenaran nikah Mr. Right sdh tlg amikkn..hehe...makasih ya...d bawah nie procedure utk ujian saringan...

BORANG UJIAN SARINGAN HIV
  1. Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan Agama Islam berhampiran anda (Ada special seal yang membuatkan borang tidak boleh disalin pendua (copy) sesuka hati.
  2. Harga borang tu aku nda tau sbb Mr. Right yg tlg amikkn..hehe..
  3. Borang Ujian Saringan HIV hendaklan dilengkapkan dan dibawa ke klinik kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.
UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN
  1. Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.
  2. Sekiranya keputusan ujian saringan TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.
  3. Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu. Walaupun ujian dilakukan oleh kerani jururawat, pengesahan dan cop adalah dari seorang doktor.
  4. Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dandimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.
  5. Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.
  6. Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI JABATAN AGAMA ISLAM.
  1. Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  2. Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.
  3. Jika ujian anda positif, ada beberapa langkah tambahan yang perlu dilakukan.  a) Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin. b) Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang  implikasi HIV. c) Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. d) Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses. e) Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya.

B2B from Sabah pay attention ya...ujian saringan hanya di lakukan pada hari Isnin - Khamis jam 2pm - 3pm (pendaftaran)



1 comment:

  1. Kalau nak tau result HIV cepat, boleh beli HIV Test Kit dari www.hivtest.com.my. Result dalam 5 min sahaja.

    ReplyDelete