Wednesday, October 16, 2013

Perkembangan fetus - hamil 27 minggu





Bayi anda sekarang seberat 875g dan berukuran 36.6sm dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan jaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jarinya. 

Si kecil anda juga mungkin sudah mula bermimpi! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak. 

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah bayi anda sedang mengalami sedu. Perkara ini kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu benang di dahi tidak akan menghilangkan sedunya, namun sedu-sedu itu hanya berlanjutan untuk seketika sahaja. Sensasi itu mungkin agak aneh bagi anda, tetapi ia bukanlah sesuatu yang tidak menyenangkan. 

Oleh kerana uterus anda sekarang sudah naik dan hampir dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin rasa susah bernafas atau anda sudah merasa kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin mengalami kejang betisbuasirurat simpul dan gatal-gatal pada perut. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda. 

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada minggu ke-36 kehamilan

No comments:

Post a Comment