Friday, June 27, 2014

Tips Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Assalamualaikum Silent & Lovely readers...

Apa khabar semua.....harap2 semuanya sentiasa sihat2 hendaknya....pejam celik pejam celik tggl 1 hari ja lg seluruh umat Islam di dunia ini akan menjalani ibadah puasa....bila mo puasa nie mesti ada ibu2 yg sedang menyusukan bayi atau ibu yg tgh pregnant risau kn...mcm aku jg...last year aku cuma dpt puasa 5 hari ja sbb tiap kali puasa perut aku rs senak...mcm gastrik tu...time tu aku preggy 3 bln lbh...aku risau jg hr tu, trus hubby ckp jgnla puasa klu nda larat...jdnya ndala aku puasa...huhu...time tu nda tau lg tips puasa untuk ibu preggy....

Skrg nie tau sdh....rajin ja cari info skrg nie..anything la psl parenting. pasal anak2...now psl ibu menyusu di bulan puasa...tipula kn klu aku nda risau psl nie sbb aku fully breastfeeding baby Harith...risau kunu klu puasa susu akan kurang...eh, mcm lupa pla kn....itu kn semua rezeki dari Allah SWT...InsyaaAllah dlm bulan yg penuh barokah nie dgn niat murni kita mo kasi susu ank sndri...mudah2n dipermudahkan.....

1st mmg aku risau...mulalah aku google cri tips2 puasa bg ibu menyusu...jum cek tips2 nya....Sebelum itu, kita kenal pasti dulu tanda-tanda badan kita kekurangan air atau dehidrasi;
  • Rasa nak pitam. Terutama selepas menyusukan bayi ataupun selepas mengepam.
  • pening kepala dan rasa nak demam ataupun nak pitam.
  • Rasa loya dan seakan nak muntah.
  • Rasa lemah dan sakit segala otot.
  • Aie kencing menjadi pekat dan berbau.
  • Rasa mengigil.
  • Mudah marah dan cepat naik angin serta mudah stress.
  • Bagi ibu hamil, pergerakkan bayi tidak normal. bayi kurang bergerak.
  • Berlaku kontraksi.
Tips dan panduan berpuasa bagi ibu yang menyusukan bayi;

1- Banyakkan minum air kosong. 2-3 liter sehari adalah sangat penting buat ibu yang menyusukan bayi. Seeloknya sediakan satu bekas minuman khas yang kita boleh sukat berapa banyak kuantiti air kita minum. Minum air kosong bermula dari waktu berbuka hinggalah ke waktu imsak ke esokkan pagi nya.

2- Jangan skip sahur. Perlu bangun makan sahur kerana makanan yang kita makan ketika bersahur membekalkan tenaga sepanjang hari kepada kita. Lagipun, bersahur kan sunat :) 

3- Makan banyak buah-buahan, sayuran, sup dan makanan berkuah. Tetapi, elakkan dari makan terlalu kerap makanan yang bergula dan bergaram. Kerana,  ia akan menyerap lebih banyak air yang ada pada tubuh kita.

4- Paling utama, sebelum mula berpuasa..kita perlu pasang niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat baik kita menyusukan bayi kita. 

Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”

5- Berbuka puasa dengan makanan yang kaya dengan protien, glukos dan cecair.

6- Makan banyak kurma. Erna, akan bersahur 3biji kurma. Berbuka pun 3biji kurma.

7- Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat. Maksud disini, kalau boleh..pastikan ambil nasi dalam portion pinggan sihat setiap hari. Jangan tak makan nasi pula ye..

8- Kerapkan menyusu bayi. Jika anda ibu bekerjaya, perlu pam susu sekerap yang boleh ataupun ikut jadual mengepam biasa di tempat kerja.

9- Seeloknya bangun awal sebelum bersahur untuk pam susu. Kemudia, makan kurma dan bersahur serta minum banyak air sebelum waktu imsak.

10- Sebelum menjelang bulan puasa, adalah sangat-sangat di galakkan untuk mengumpul stock susu sebagai persediaan awal sebelum menjelang Ramadhan. Set Mighty Tripple Gem Shaklee  memberikan tenaga berpanjangan sepanjang hari =)

11- Kenal pasti milk booster anda sebelum mula bulan puasa dan sepanjang berpuasa boleh kerap ambil milk booster anda. Milk booster adalah berbeza mengikut individu. Boleh juga cuba Milk Booster Budget Shaklee.

12- Banyakkan berzikir Ya Wahab dan elakkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif serta ceria.

13- Bawa bekalan air masak ketika pergi terawih dan minum air setiap kali selesai 2rakaat solat tarawih.

14- Jika perlu, ambil suppliment untuk memastikan badan sentiasa bertenaga, mood sentiasa ceria dan production susu sama malah lebih lagi dari sebelum berpuasa.

Jd tiada alasan sdh untuk ibu menyusukan bayi untuk tidak berpuasa...rugilakn..InsyaaAllah kita akan mendapat manfaat di bulan Ramadhan smbl menyusukan bayi....Aamiin....

Boleh rujuk artikel ini mengenai Ramadhan dan Penyusuan Ibu




#SID1116946

No comments:

Post a Comment