Sunday, December 23, 2012

Beautiful Sunday

Assalamualaikum Silent n Lovely readers...

Aku t'jumpa 1 artikel yg berguna utk bakal2 pengantin...aku dpt dr Jumie Samsudin Blog..tajuknya psl "Petua Berseri Di Hari Kahwin"..hehe..jom bc artikelnya..

Petua Berseri Di Hari Kahwin

1. Lagi sebulan nak kawen kalau boleh stop berjumpa dengan tunang secara kerap.  Bagi rindu sikit.  

2. Sebulan sebulan kawen, seminggu sekali minum air ni. Amik manjakani 3-4 bijik tumbuk dan amik halia kering ketuk-ketuk. Rendam dalam air dan minum hari-hari.  Elok untuk organ intimasi wanita. Kat mana nak beli manjakani? Kat market /pasar ada dijual.

3. Stop minum coke dan airsejuk. Kalau tidak semua petua ni tak jadi.

4. Makan vitamin C 1000mg sebijik sehari untuk mengelakkan jerawat kecik naik tak tentu hala. 

5. Tiga hari before kawen, amik teluk putih dan lumur kat muka, tengkuk, belakang tengkuk dan dada sikit setiap malam before tidur.

6. Seminggu before kawen, lumur minyak zaitun kat rambut sampai basah. Dan esok pagi tu gosok rambut dan satu badan dengan limau nipis dan limau purut. Terutama kat celah-celah bedah semuanya. Dia kata petua ni bagus sekali sebab nanti masa kita first time bersama dengan suami, dia akan rasa lain sangat-sangat. Bau badan kita terutamanya. :)

7. Kurangkan make up,  kalau boleh tak payah make up langsung.  Pakai pelembab,  sun screen and bedak saja.  Jangan over over mekap bercelak semua. 

8. Pakailah set pencerah mn2 produk yg sesuai dgn kulit anda. Klu blh SK II lg bgus. ^_^

9. Makan kelopak bunga ros,  kalau boleh bunga rose yang mamak jual tu.  Jangan makan bunga rose ala-ala Cameron Highlands tu. Kalau boleh makan tiga kuntum sehari.  Aiyoooooo...buat salad katanya.

10. Minum Inner Shine.  Depa kata memang pati Inner Shine yang kaya dengan pelbagai vitamin ni adalah sangat bagus untuk membuatkan mata bersinar-sinar ala Maya Karin dalam iklan kat TV tu.  

11. Elakkan mandi malam dan kalau boleh seminggu sebelum berkahwin,  pergi buat rawatan mengurut secara tradisional untuk memperbetulkan segala urat-urat yang berkenaan. 

12. Rendam beras dengan kunyit hidup semalaman.  Esoknya,  blend beras itu hingga halus.  Buat scrub badan.  Sesuai untuk bagi kulit jadi lembut dan lebih cerah.

13. Cuba untuk muhasabah diri dan mintak maaf dengan orang-orang yang u olls pernah buat depa sakit ati.  It could be your friends or your own family.  Errmmm....yang ini kawan akak nasihatkan.  Siriesly,  pompuan ati pondan macam akak ini mempunyai tahap EGO yang sangat KINGDOM TOWER.  Bukan senang nak mintak maaf dengan orang apatah lagi kalau tak mau ngaku itu salah kita.  Apa pun,  kita cuba jugak la sikit-sikit.  Jangan PAKSA DIRI.  Sebab kalau mintak maaf sebab terpaksa dan nak tunjuk baik kat orang,  BAIK TAK PAYAH.  

14. Jangan tinggal solat.  Air sembahyang tu banyak faedahnya.  Banyakkan membaca Al-Quran bagi mengelakkan gangguan SAITAN yang direjam.  

No comments:

Post a Comment